Program Malaysia Prihatin Kolej Komuniti Kepala Batas (KKKB) dan Pengumuman Kesediaan Penawaran Program IMI Level 4 di Dewan MPC, Kepala Batas, Pulau Pinang

English translation not available for this content.

YB Dato’ Mansor Haji Othman, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi telah merasmikan Program Malaysia Prihatin Kolej Komuniti Kepala Batas (KKKB) dan Pengumuman Kesediaan Penawaran Program IMI Level 4 di Dewan MPC, Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini.

Pada majlis ini, YB Timbalan Menteri telah menyampaikan taklimat berkenaan inisiatif kerajaan di bawah Program Malaysia Prihatin kepada warga KKKB dan komuniti setempat.

YB Timbalan Menteri telah diberi peluang memandu kereta elektrik yang disumbangkan oleh pihak MILI Auto & Hybrid Servis Sdn. Bhd. sebagai simbolik kepada pengumuman kesediaan penawaran kursus pendek bagi Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) melibatkan Pensijilan Profesional Institute of the Motor Industry (IMI) Level 4 di KKKB.

Diharap penawaran kursus ini akan dapat menarik minat ramai lagi pemain industri automotif dalam dan luar negara bagi mengikuti Tahap 4 di Kolej Komuniti Kepala Batas.

Turut hadir ialah YBhg. Dato’. Haji Ahmad Darus, Pengerusi Penasihat Kolej Komuniti Kepala Batas dan YBrs. Encik Mohd. Ruzi Hamzah, Pengarah Kolej Komuniti Kepala Batas.

  • Last updated on .
  • Hits: 7273
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 18 April 2024, 14:41:25.