Kunjungan Hormat daripada Tuan Yang Terutama (TYT), Roland Galharague, Duta Besar Perancis ke Malaysia

English translation not available for this content.

Hari ini YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama (TYT), Roland Galharague, Duta Besar Perancis ke Malaysia.

Dalam perjumpaan ini, mereka telah membincangkan pelbagai aspek hubungan dua hala antara Malaysia dan Perancis termasuk kerjasama industri.

Menurut TYT Roland Galharague, terdapat lebih 300 syarikat Perancis yang beroperasi di Malaysia, yang boleh dimanfaatkan bersama antaranya membantu pelajar-pelajar menjalani latihan bersama industri.

YB Menteri turut menyatakan komitmen Malaysia untuk terus menjalin hubungan baik dengan Perancis, dan meneroka peluang kerjasama yang baharu.

Turut hadir Datuk Seri Dr Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha, KPT, Prof Dato' Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Ts Zainab Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti(JPPKK) dan Prof. Dato' Dr. Mohammad Shatar Sabran, Ketua Pegawai Eksekutif, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

  • Last updated on .
  • Hits: 6590
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 25 April 2024, 18:19:27.