Sesi Penyerahan Manfaat Perlindungan Takaful Penabungan SSPN-i PTPTN kepada Salah Seorang Pendeposit SSPN-i

English translation not available for this content.

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah bersama-sama pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam Sesi Penyerahan Manfaat Perlindungan Takaful Penabungan SSPN-i PTPTN kepada Encik Yazirruddin bin Md Som salah seorang pendeposit SSPN-i di kediamannya di Kg. Jalan Kebun, Shah Alam hari ini.

Pendeposit telah menerima manfaat perlindungan takaful SSPN-i sebanyak RM24,922.42 setelah disahkan mengalami keilatan kekal menyeluruh oleh pegawai perubatan.

SSPN-i merupakan satu instrumen simpanan tanpa komitmen bulanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i juga menyediakan perlindungan takaful secara percuma kepada pendeposit yang mempunyai baki simpanan RM1,000 dan ke atas serta berumur tidak melebihi 65 tahun. Perlindungan takaful ini merangkumi kematian pendeposit dan penerima manfaat serta keilatan kekal menyeluruh pendeposit.

Dalam sesi yang sama, YB Menteri juga berkesempatan beramah mesra bersama ahli keluarga pendeposit.

Turut hadir ialah Encik Ahmad Dasuki, Ketua Eksekutif, PTPTN.

  • Last updated on .
  • Hits: 4888
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 April 2024, 16:56:01.