Sesi Libat Urus YB Menteri Pengajian Tinggi Bersama Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti

English translation not available for this content.

Hari ini YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah melawat Kolej Komuniti Kuala Kangsar sempena Sesi Libat Urus YB Menteri Pengajian Tinggi Bersama Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti.

Dalam majlis yang sama, YB Menteri telah menyampaikan sumbangan bantuan kewangan kepada pelajar dan penyampaian Sijil Kursus Pendek Pastri Kolej Komuniti Kuala Kangsar.

YB Menteri turut menyampaikan sumbangan “Snack Pack” kepada petugas barisan hadapan hasil produk pelajar kolej komuniti sendiri dan seterusnya YB Menteri di bawa melawat sekitar kolej komuniti.

Turut hadir ialah YB Datuk Mastura Tan Sri Dato’ Mohd. Yazid, Timbalan Menteri (Tugas-Tugas Khas) di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Kuala Kangsar, YBhg. Datuk Rosli Yaakub, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), Kementerian Pengajian Tinggi dan YBrs. Ts. Zainab Ahmad, Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).

  • Last updated on .
  • Hits: 5643
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 April 2024, 16:56:01.