Sidang video Menteri Pengajian Tinggi bersama TYT Dr. Peter Blomeyer, Duta Besar Jerman ke Malaysia

English translation not available for this content.

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi hari ini telah mengadakan sidang video bersama TYT Dr. Peter Blomeyer, Duta Besar Jerman ke Malaysia.

Perkara utama yang dibincangkan dalam sidang video tersebut adalah mengenai penawaran biasiswa International Parliament Scholarship (IPS) oleh Kerajaan Jerman kepada graduan Malaysia.

Selain itu, YB Menteri juga telah berkongsi maklumat mengenai Majlis TVET Negara dan insiatif PENJANA KPT- CAP. Beliau telah mencadangkan beberapa kerjasama di antara kedua-dua negara antaranya program penempatan graduan IPT di industri Jerman di Malaysia melalui inisiatif PENJANA KPT-CAP, kolaborasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dengan German Accreditation Council dan penubuhan kursi Pengajian Melayu dengan universiti di Jerman.

Sesi tersebut turut dihadiri secara maya oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, YBrs. Dr. Zabri Yusoff,Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pengajian Tinggi, YBhg. Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg. Ts. Zainab Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohammad Shatar bin Sabran, Ketua Pegawai Eksekutif MQA, YBhg. Datin Noorazah Omar, Setiausaha Bahagian Antarabangsa dan En. Redhauddin bin Kamaruzaman, Pengarah Bahagian Education Malaysia.

  • Last updated on .
  • Hits: 13556
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 29 March 2024, 08:50:00.