YB Menteri Pengajian Tinggi menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata secara dalam talian

English translation not available for this content.

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Encik Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata secara dalam talian.

Sinergi di antara pihak kementerian dan industri sangat penting bagi membina ekosistem pendidikan tinggi ke arah lebih baik. Menyedari hal ini, KPT telah mewujudkan pelbagai inisiatif bagi memperkukuhkan jalinan kerjasama di antara akademia dan industri dengan matlamat ke arah meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Dalam sesi ini, YB Datuk Seri Dr. Noraini berkongsi pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh KPT dan industry seperti Program CEO@Faculty, Industry@University Initiative dan Industry Centre of Excellence (ICoE). YB Menteri turut berkongsi mengenai pelaksanaan inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) Career Advancement Programme (CAP) - PENJANA KPT-CAP dalam menangani cabaran kebolehpasaran graduan dan mengurangkan pengangguran akibat pandemik COVID-19.

Celcom Axiata turut terlibat secara aktif melalui kerjasama dengan institusi pendidikan tinggi negara. Antara lainnya adalah melalui program Siswaprenuer yang terdiri daripada pada SiswaDay, SiswaCommerce, SiswaMall dan Google Bootcamp; Pembangunan Modal Insan termasuk CEO@Faculty Programme, penempatan dan internship dan Protégé; Smart Campus di UTM Kuala Lumpur; dan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

Dengan wujudnya inisiatif kolaborasi antara akademia dan industri seperti Celcom Axiata ini berupaya memberi peluang kepada mahasiswa untuk mengikuti program berteraskan model pembelajaran berasaskan pengalaman (experiental learning) dan pembelajaran berasaskan teknologi (technology-enable learning) melalui perkongsian pengalaman, amalan terbaik dan pandangan pemain industri.

Sesi kunjungan hormat ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohammad Shatar Sabran, Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), YBhg. Datuk Kamal khalid, Chief Corporate and Transformation Officer, Celcom Axiata, Encik Mohd Sharil Bin Abdullah, Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri Dan Masyarakat, Jabatan Pendidikan Tinggi serta pegawai-pegawai kanan KPT dan Celcom Axiata.

  • Last updated on .
  • Hits: 10128
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 29 March 2024, 08:50:00.