Sidang Media Khas YBM KPT bersama YBM KKM di Hospital Canselor Tunku Muhriz (HCTM)

English translation not available for this content.

Sidang media khas telah diadakan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi bersama-sama YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba, Menteri Kesihatan Malaysia di Hospital Canselor Tunku Muhriz (HCTM) semalam.

Sidang media ini diadakan bagi mengumumkan status semasa Universiti Awam dan Hospital Pengajar Universiti (HPU) yang dijadikan Pusat Pemberi Vaksin (PPV) bagi membantu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dalam menyediakan akses yang lebih luas kepada rakyat untuk divaksin.

Sehingga 30 Mei 2021, seramai 89,545 individu telah mendapatkan vaksinasi di PPV IPT. Dalam sidang media yang sama, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad turut mengumumkan penukaran HPU kepada Hospital COVID-19.

Sejurus selesai sidang media tersebut, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad dan YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba dibawa melawat lokasi yang dicadangkan sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) secara pandu lalu dan mobil. PPV HCTM adalah PPV kedua yang melaksanakan pemberian vaksin secara pandu lalu dan yang pertama bagi pemberian vaksin secara mobil.

Turut hadir sama ialah YBhg. Datuk Rosli Yaakub, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan),Kementerian Pengajian Tinggi, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi dan YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd. Ekhwan Hj. Toriman, Naib Canselor, UKM.

  • Last updated on .
  • Hits: 8248
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 23 April 2024, 10:59:17.