Program Rintis Mobile Vaccination Programme (MVP) di Dewan Seri Mahkota, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Batu Pahat

English translation not available for this content.

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Parlimen Parit Sulong telah bersama-sama turun padang terlibat di dalam Program Rintis Mobile Vaccination Programme (MVP) yang diadakan di kawasan Parlimen Parit Sulong bermula hari ini sehingga 15 Jun 2021 di Dewan Seri Mahkota, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Batu Pahat.

Program rintis ini adalah hasil kerjasama Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Covid-19 Immunisation Task Force (CITF) yang mana bertujuan untuk membantu Kerajaan bagi menyediakan akses yang lebih luas kepada masyarakat luar bandar untuk mendapatkan vaksin.

Projek rintis ini mensasarkan pemberian vaksin bagi penduduk setempat terutamanya bagi golongan warga emas, mereka yang tidak mempunyai capaian kepada MySejahtera, masalah kemudahan kenderaan dan lain-lain lagi. Projek rintis ini melibatkan dua model pelaksanaan di mana satu buah PPV Satelit telah diwujudkan di Maktab Rendah Sains MARA, Batu Pahat, Johor.
Manakala dua unit PPV Bergerak dengan 8 orang staf vaksinasi akan bergerak ke pusat vaksinasi yang telah dikenal pasti, bagi memberi suntikan vaksin kepada penduduk setempat dengan tumpuan kepada mereka yang kurang upaya dan berkeperluan khas.

Turut hadir ialah YBhg. Datuk Rosli Yaakub, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), Kementerian Pengajian Tinggi, YBhg. Prof. Dato’. Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan YBhg. Prof. Dato’. Ts. Dr. Mohd. Ekhwan Hj. Toriman, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia.

  • Last updated on .
  • Hits: 6705
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 16 April 2024, 08:56:15.