YBM mengadakan sesi turun ke gudang Sekretariat Food Bank di Kajang

English translation not available for this content.

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah mengadakan sesi turun ke gudang Sekretariat Food Bank bagi melihat proses pengagihan bantuan makanan kepada sukarelawan, frontliner dan para pelajar yang berada di IPT di Kajang pada hari ini.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) amat komited dalam memantapkan tadbir urus dan kecekapan penyaluran bantuan makanan kepada pelajar di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) selain mengadakan kerjasama dengan Sekretariat Food Bank bagi menjenama dan menstruktur semula Inisiatif Food Bank Siswa di IPT. Inisiatif baharu ini dijangka akan memanfaatkan pelajar kategori (B40), asnaf, fakir miskin dan bekeperluan sekali gus menangani isu peningkatan kos sara hidup yang dihadapi oleh pelajar. Agihan hari ini melibatkan lima (5) buah Universiti Awam dan tiga (3) buah politeknik.

Inisiatif Food Bank Siswa baharu IPT ini bakal melibatkan sukarelawan pelajar yang dilantik sebagai Rakan KPT. Sukarelawan ini akan disusun melalui Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS). Pendekatan ini dilihat amat signifikan sebagai platform memperkasakan bakat kepimpinan pelajar terutamanya dalam isu kebajikan pelajar.

Turut hadir ialah YBhg. Prof. Dato' Dr. Husaini b. Omar, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi dan YBrs. Ts Zainab binti Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

  • Last updated on .
  • Hits: 6593
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 29 March 2024, 08:50:00.