Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Majlis TVET Negara (MTVET) Bil. 1/2021

English translation not available for this content.

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi hari ini menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Majlis TVET Negara (MTVET) Bil. 1/2021 yang diadakan secara maya.

Ketika mesyuarat tersebut, terdapat tiga kertas pertimbangan yang dibentangkan oleh wakil-wakil daripada Kumpulan Fokus dan Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK).

Kertas-kertas pertimbangan yang telah dibentangkan adalah:

  1. TVET Collaboration Hub (TCH): Naratif Baharu Kolaborasi Bersinergi Bagi Agenda Pemerkasaan TVET.
  2. Agenda Pemerkasaan TVET dipacu Industri melalui Penubuhan Badan Koordinasi TVET Kerajaan-Industri
  3. Penarafan Tunggal Program TVET.

Jawatankuasa Eksekutif TVET ini dipengerusikan secara bersama oleh YB Menteri Pengajian Tinggi dan YB Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia.

MTVET yang merupakan kolaborasi rentas kementerian yang ditubuh bagi menzahirkan manifestasi Kerajaan dalam menambahbaik penyelarasan ekosistem TVET negara untuk membangunkan modal insan dan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan menepati keperluan industri.

Turut hadir, YB Dato Mansor Haji Othman, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha KPT, Dr Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT dan Ts. Zainab Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

  • Last updated on .
  • Hits: 10296

MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 18 April 2024, 14:41:25.