Mesyuarat Pemegang Amanah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera

English translation not available for this content.

Hari ini YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah hadir dalam Mesyuarat Pemegang Amanah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera untuk pertama kalinya.

Mesyuarat tersebut membincangkan mengenai program-program yang telah diatur dan YB Menteri telah mencadangkan agar program Peneraju Tunas BRIDGE Aspirasi yang merupakan program persediaan pelajar untuk melangkah ke peringkat tertiari dibuat secara bersama dengan IPT memandangkan terdapat persamaan antara program yang dirancang dengan program sedia ada di IPT.

Sasaran penerima faedah adalah lepasan sekolah dari keluarga kumpulan B40 dan mempunyai latar belakang yang mencabar untuk melanjutkan pelajaran.

Sementara itu turut dicadangkan adalah kerjasama antara program KPT PACE di bawah KPT yang boleh dibuat bersekali dengan Program Peneraju Tunas BRIDGE Karisma.

Program ini akan ditawarkan kepada mahasiswa yang berada di institusi pengajian tinggi di mana pelajar dari kumpulan B40 akan diberikan keutamaan.

Program ini juga akan memberi peluang peserta menjalani kemahiran insaniah dan pensijilan kemahiran digital yang diiktiraf untuk meningkatkan kebolehpasaran dalam mendapatkan pekerjaan selepas bergraduasi.

Turut hadir Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) dan Prof. Dato Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi.

  • Last updated on .
  • Hits: 6143
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 24 April 2024, 16:08:46.