Lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV IPT) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

English translation not available for this content.

Hari ini, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah berkesempatan mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV IPT), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Pusat ini telah beroperasi sejak semalam bermula 8.00 pagi hingga 8.00 malam dan berkemampuan untuk memberi 3,000 vaksin setiap hari.

Turut hadir ialah YBhg. Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi, YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Wahid Razzali, Naib Canselor UTHM, YBhg. Datuk Dr. Rosli Yaakub, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), Kementerian Pengajian Tinggi, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi dan YBrs. Puan Ts. Zainab Ahmad, Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

  • Last updated on .
  • Hits: 4882
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 27 March 2024, 16:20:33.