3,742 Siswa UMP Telah Terima Peranti Siswa Keluarga Malaysia

3,742 Siswa UMP Telah Terima Peranti Siswa Keluarga Malaysia
English translation not available for this content.

Seramai 3,472 siswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerima peranti secara berperingkat menerusi Program Peranti Siswa Keluarga Malaysia iaitu inisiatif kerajaan bagi membantu mahasiswa B40 dalam memastikan proses pengajian para siswa-siswa berjalan lancar.
YBhg Datuk Dr Mohd Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan) telah menyampaikan Peranti Siswa Keluarga Malaysia kepada 50 orang pelajar UMP di Kampus Gambang, hari ini.
Pada majlis yang sama, beliau turut menyempurnakan penutupan Sambutan Bulan Kaunseling Peringkat Universiti Malaysia Pahang Tahun 2022.
Program yang bertemakan "Emosi Sejahtera Hidup Bahagia", adalah amat bertepatan dengan usaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kesihatan mental.
Antara pengisian yang dibuat adalah seperti Program Kesihatan Mental di Tempat Kerja, Pertandingan Young Motivator, Program We Care Academic Survival, Bicara Kaunselor dan pelbagai lagi.
Turut hadir YBhg Prof Dato Dr Yuserrie Zainuddin, Naib Canselor UMP.

  • Last updated on .
  • Hits: 3410
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 23 April 2024, 10:59:17.