676 Graduan Terima Sijil Pada Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Pahang

676 Graduan Terima Sijil Pada Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Pahang
English translation not available for this content.

Seramai 676 Graduan menerima Sijil pada Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Pahang bagi tahun 2022 yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT di sini hari ini.
Majlis Konvokesyen ini menghimpunkan sebanyak 10 buah Kolej Komuniti sekitar Pahang seperti Kolej Komuniti Kuantan, Kolej Komuniti Paya Besar, Kolej Komuniti Pekan, Kolej Komuniti Raub dan Kolej Komuniti Jerantut.
Turut sama ialah Kolej Komuniti Rompin, Kolej Komuniti Bera, Kolej Komuniti Temerloh, Kolej Komuniti Lipis dan Kolej Komuniti Bentong.
Beberapa anugerah turut disampaikan kepada graduan pada majlis itu seperti Anugerah Pelajar Cemerlang, Anugerah Keusahawanan dan Anugerah Ketua Pengarah.
Anugerah Keusahawanan 2022 telah dimenangi oleh Saudari Kiasatina Tsara Mohd Jailezemee, 21 tahun, yang merupakan seorang pelajar daripada Kolej Komuniti Kuantan
Beliau yang menghidap penyakit genetik Talasemia atau penyakit genetik sel darah merah sejak berusia 4 bulan itu, kini aktif menguruskan sebuah kafe yang dikenali dengan Kafe Rasa Kopi di Kuantan.
Kafe itu sudah beroperasi hampir 7 bulan dan kini beliau mampu beroleh pendapatan sebanyak RM7000 hingga RM8000 sebulan.
Anugerah Ketua Pengarah pula dianugerahkan kepada Ahmad Atif Irsyad Ahmad Zahidi, 20 tahun yang merupakan graduan dari Kolej Komuniti Rompin.
Ahmad Atif merupakan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Anak kedua dari 3 orang adik beradik ini, telah menerima Pingat Gangsa Sukan SEA 2022, Juara Keseluruhan dalam Kejohanan Silat Antarabangsa KPM-UTHM 2019 Edisi ke-10, Pingat Emas dalam Kejuaraan Silat Terbuka Antarabangsa Cekak Harimau Malaysia Kali Ke-2 2019 dan Diploma Award (Putra E SUKMA) dalam kejuaraan Silat Terbuka Antarabangsa Cekak Harimau Malaysia Kali-2 2019.
Selain itu, seramai 16 orang pelajar telah menerima Anugerah Pelajar Cemerlang pada tahun ini.
Hadir sama YBrs. Ts. Puan Zainab Ahmad, Ketua Pengarah JPPKK, Encik Mohamad Azwan Ja'afar, Pengarah Kolej Komuniti Pekan merangkap Pengerusi Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Pahang 2022 serta pengarah-pengarah Kolej Komuniti seluruh Pahang.

  • Last updated on .
  • Hits: 4315
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 27 March 2024, 16:20:33.