AKRI 2022 Mengiktiraf Projek Inovasi Dan Daya Kreativiti Pensyarah IPT

AKRI 2022 Mengiktiraf Projek Inovasi Dan Daya Kreativiti Pensyarah IPT
English translation not available for this content.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengiktiraf para pensyarah yang cemerlang, kreatif dan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) pada majlis Anugerah Khas YB Menteri Pengajian Tinggi: Rekabentuk Kurikulum Dan Penyampaian Inovatif Tahun 2022 (AKRI 2022), di Putrajaya, hari ini.

Majlis yang disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad itu bertujuan untuk mengenal pasti, memberi pengiktirafan serta berkongsi amalan terbaik projek-projek serta inisiatif yang telah dilaksanakan samada di peringkat institusi atau individu dalam empat kategori iaitu Kurikulum Program Pengajian Inovatif, Pengajaran Transformatif, Pengalaman Pembelajaran Imersif (Maya, Teradun dan Bersemuka) serta Pentaksiran Alternatif. Berikut merupakan senarai pemenang bagi setiap kategori AKRI 2022:

a. Kategori Program Pengajian Inovatif
i. Johan
Inisiatif: Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan) secara Terbuka dan Jarak Jauh (ODL)
Ketua Inisiatif: Prof. Madya Dr. Noor Dayana Abd Halim
Institusi: Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

b. Kategori Pengajaran Transformatif
i. Johan
Inisiatif: _PEERS: The Digital Siswapreneurship Learning Process_
Ketua Inisiatif: Dr. Nur Thara Atikah Binti Zainal
Institusi: Universiti Malaysia Sabah (UMS)

c. Kategori Pembelajaran Imersif
- Maya
i. Johan
Inisiatif: _Multidisciplinary Collaborative Design Thinking with VRLE_
Ketua Inisiatif: En. Choong Wai Keng, Mike
Institusi: Taylor’s University

- Teradun
i. Naib Johan
Inisiatif: _Blended-Cooperative Learning Environment for Immersive Learning Experiences in Process Simulation Course_
Ketua Inisiatif: Prof. Madya. Ts. Dr. Mohd Kamaruddin bin Abd Hamid
Institusi: Universiti Malaysia Sabah (UMS)

- Bersemuka
i. Johan
Inisiatif: Pembelajaran Imersif Spektroskopi Molekul melalui Aktiviti Kolaboratif menggunakan CollactiFNote, SpectrAR, Struktur Molekul Augmented Reality dan Perkongsian Peta Minda
Ketua Inisiatif: Dr. Norazzizi Bin Nordin
Institusi: Universiti Sains Malaysia (USM)

d. Kategori Pentaksiran Alternatif
i. Johan
Inisiatif: An Innovative Alternative Assessment for the Engineers in Society Course Integrating SULAM and Design Thinking Approaches (EiS-Dt)
Ketua Inisiatif: Prof. Madya Dr. Ir. Che Maznah binti Mat Isa
Institusi: Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Penganjuran AKRI 2022 juga menyokong Lonjakan 1: Graduan Holistik, Berciri Keusahawanan dan Seimbang dan Lonjakan 9: Pembelajaran Dalam Talian Tahap Global dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi), PPPM(PT) 2015 - 2025.

Turut hadir YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, YBhg. Dato' Prof. Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg. Ts. Zainab Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti serta para pensyarah IPT.

  • Last updated on .
  • Hits: 5498
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 18 April 2024, 14:41:25.