BELANJAWAN 2023: RM 15.3 Bilion Perkasakan Pendidikan Tinggi Negara

BELANJAWAN 2023: RM 15.3 Bilion Perkasakan Pendidikan Tinggi Negara
English translation not available for this content.

YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi dan YB Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi telah menghadiri pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan (2023) oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan di sini hari ini.

Bertemakan "Belanjawan 2023: Membangun Malaysia MADANI" menyaksikan peruntukan belanjawan bagi KPT pada tahun ini meningkat RM 15.3 bilion berbanding RM 14.5 bilion pada tahun 2022.

Antaranya, IPTA bakal menerima sejumlah RM 436 juta bagi membaik pulih infrastruktur dan menggantikan peralatan usang; di samping dana RM 35 juta bagi meningkatkan kesalinghubungan internet di IPTA di bawah program Malaysian Research & Education Network (MYREN).

Aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) di IPT turut diberi perhatian dengan peruntukan tambahan RM 50 juta untuk mempergiat aktiviti berbentuk translasional yang bermanfaat demi penyelesaian isu komuniti dan industri.

Mulai 1 Mac 2023, Kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan 2 inisiatif bagi meringankan beban peminjam PTPTN dalam membuat bayaran balik pinjaman mereka iaitu diskaun sebanyak 20 peratus selama 3 bulan; serta penangguhan bayaran balik selama 6 bulan kepada peminjam berpendapatan bulanan RM 1,800 ke bawah.

Kredit Foto: Jabatan Penerangan Malaysia

  • Last updated on .
  • Hits: 2411
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 27 March 2024, 16:20:33.