Dasar Industry4wrd KPT Bangunkan Pendidikan Tinggi Yang Seimbang

Dasar Industry4wrd KPTBangunkan Pendidikan Tinggi Yang Seimbang
English translation not available for this content.

YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, TKSU (Dasar) telah merasmikan Bengkel Pemurnian Dokumen Pencapaian KPT dalam Dasar Industry4WRD di Pacific Regency Hotel Suites, di sini hari ini.
Bengkel ini merupakan susulan daripada bengkel sebelum ini yang telah diadakan pada 11 Ogos lalu di Putrajaya yang mana objektif bengkel tersebut adalah untuk menyediakan kerangka keberhasilan program/projek dan membincangkan kerangka buku.
Objektif bengkel dan penerbitan ini adalah untuk membincangkan kandungan yang perlu dimasukkan dalam kompilasi pencapaian pelaksanaan program Dasar Industry4WRD di KPT dan membuat pembentangan kandungan yang perlu dimasukkan dalam kompilasi pencapaian pelaksanaan program Dasar Industry4WRD di KPT.
Selain itu, ia turut bertujuan untuk menghasilkan kompilasi pencapaian pelaksanaan program Dasar Industry4WRD di KPT; dan menerbitkan dokumen pencapaian KPT dalam dasar Industry4WRD.
Turut hadir YBrs. Dr. Wan Baharudin Wan Mahmood, SUB Bahagian Dasar dan Penyelidikan KPT.

  • Last updated on .
  • Hits: 2744
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 24 April 2024, 16:08:46.