DS KSU Rasmi Program MyLEADER

DS KSU Rasmi Program MyLEADER
English translation not available for this content.

YBhg Datuk Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT hari ini telah merasmikan Program Pembangunan Dan Pemantapan Kepimpinan Bersama Ketua Eksekutif Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (MyLEADER) yang telah diadakan di Hotel Sama-Sama KLIA di sini.
MyLEADER merupakan program pembangunan kapasiti khusus kepada ketua eksekutif IPTS yang bertujuan untuk memperkukuhkan program kepimpinan bagi pentadbir IPTS yang meliputi elemen integriti dan tadbir urus organisasi.
Objektifnya adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran profesionalisme untuk perkembangan potensi kendiri secara menyeluruh, seterusnya memberi nilai tambah kepada ketua eksekutif IPTS untuk peningkatan integriti serta tadbir urus institusi.
Dalam ucapan perasmiannya, Datuk Seri KSU berharap agar penganjuran program ini dapat memberi kefahaman dan kesedaran berkaitan pembudayaan integriti ke arah IPTS yang bebas rasuah dan berprestasi tinggi.
“Di samping itu, kita berharap dapat mengukuhkan jaringan kerjasama antara KPT dengan pengurusan tertinggi IPTS dalam usaha memantapkan tadbir urus IPTS seiring dengan perkembangan semasa sekali gus berupaya memacu agenda IPTS sebagai sebuah industri yang mampu menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara,” ujarnya.
Turut hadir YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) dan YBhg Dato’ Prof Husani Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi.

  • Last updated on .
  • Hits: 2912
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 24 April 2024, 16:08:46.