Fakulti Pertanian Lestari, UMS Sandakan Terima Kunjungan YB Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi

Fakulti Pertanian Lestari, UMS Sandakan Terima Kunjungan YB Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi
English translation not available for this content.

Kunjungan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud telah disambut oleh Dekan Fakulti Pertanian Lestari (FPL) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Dr. Abd Hamid Ahmad di Galeri Pengembangan FPL, UMS bersama pegawai-pegawai dan pengurusan universiti petang tadi.

Pada kunjungan tersebut, YB Timbalan Menteri (YBTM) menerima taklimat perkembangan semasa, cabaran serta keperluan terkini UMS Kampus Sandakan yang disampaikan oleh Prof. Dr. Abd Hamid Ahmad sendiri.

Untuk rekod, terdapat tiga (3) program ditawarkan setakat ini merangkumi Program Hortikultur dan Lanskap, Program Pengeluaran Tanaman dan Program Pengeluaran Ternakan. Manakala dua (2) lagi program baharu bakal ditawarkan tahun ini iaitu Program Perladangan Kepersisan Pintar dan Program Agro Pelancongan Lestari.

YB Timbalan Menteri dalam ucapannya menyeru agar pihak UMS selaku universiti yang ditubuhkan dengan tujuan untuk melatih para pelajar menjadi tenaga mahir dalam bidang ekonomi dan pertanian agar mewujudkan kerjasama baharu dengan industri seperti penanaman halia.

Beliau turut berharap agar UMS komited untuk membangunkan masyarakat menerusi perkongsian idea atau ilmu, pendapat dan kepakaran yang ada seterusnya menyumbang dalam kalangan komuniti.

lni sebagai usaha UMS untuk melaksana pendekatan melalui program pemindahan dan perkongsian ilmu seterusnya menarik minat masyarakat sekitar Sandakan untuk menghantar anak-anak melanjutkan pelajaran ke UMS.

Dalam pada itu, YB Timbalan turut menyempurnakan tanaman pokok di 'Happy Garden' yang bukan sekadar taman tetapi simbol usaha bersama untuk membentuk masa depan yang lebih hijau dan lestari.

Seterusnya, YB Timbalan telah turut dibawa melawat ke Fidlot Lembu Pedaging berhampiran iaitu ladang ternakan lembu yang digunakan bagi tujuan pembelajaran pelajar-pelajar Program Pengeluaran Ternakan. 

  • Last updated on .
  • Hits: 110
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 07 February 2025, 01:24:25.

sirim-logo