Festival Idea Putrajaya, Inisiatif KPT Merakyatkan Idea Dan Pendidikan Tinggi

Festival Idea Putrajaya, Inisiatif KPT Merakyatkan Idea Dan Pendidikan Tinggi
English translation not available for this content.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menganjurkan Festival Idea Putrajaya pada

27 hingga 29 November 2024 dalam usaha merakyatkan idea dan pendidikan tinggi secara besar-besaran.

Penganjuran Festival Idea Putrajaya yang julung kali diadakan pada tahun 2024 ini adalah program pengenalan kepada Festival Idea Putrajaya yang bakal diadakan secara tahunan mulai tahun 2025.

Siang tadi berlangsung peluncuran Jerayawara Festival Idea Putrajaya dengan dirasmikan oleh Ketua Setiausaha KPT, Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang.

Menerusi ucapan Menteri Pendidikan Tinggi yang disampaikan beliau menjelaskan, penganjuran festival ini juga sebagai usaha mempromosi Malaysia sebagai pusat wacana intelektual dan inovasi di peringkat serantau dan global melalui pendekatan ‘the whole of government.’

“Penganjuran festival ini penting dalam menghimpunkan pemimpin, pemikir, pakar, pembuat dasar, ahli akademik, industri dan masyarakat umum dalam satu platform berprestij bagi membincang dan berkongsi idea-idea inovatif serta penyelesaian terhadap cabaran-cabaran semasa yang dihadapi oleh negara dan dunia.

Ia juga dianjurkan bagi mengembalikan kegemilangan budaya ilmu dan melahirkan masyarakat yang menghargai ilmu dan dalam masa yang sama, semua idea dan penyelidikan dibawa dan dikumpulkan dalam satu platform untuk dikongsikan kejayaan negara dengan masyarakat dunia dan merangka masa depan negara melalui ‘The Malaysian Success Stories’ dan mengangkat Putrajaya sebagai ‘City of Ideas,” jelas KSU KPT.

Pelbagai pengisian dijadual berlangsung pada edisi sulung kali ini antaranya Sidang Idea Malaysia serta sesi libat urus, perkhidmatan, pameran menerusi MyIDEAS Connect.

Kementerian jelasnya juga akan terus komited untuk mengetengahkan kearifan lokal dan kebijaksanaan tempatan yang turut menyumbang dalam usaha membina masyarakat MADANI yang maju

dan bertamadun berasaskan ilmu pengetahuan, tradisi dan khazanah.

Jerayawara ini akan berlangsung selama 2 hari bermula hari ini di pusat membeli belah IOI Putrajaya dan orang ramai dijemput untuk memeriahkan dengan pengisian menarik menanti anda. 

  • Last updated on .
  • Hits: 1812
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 06 December 2024, 10:19:49.

sirim-logo