INTECH-21: Mahasiswa Cipta Produk Digital Tingkat Hasil PMKS

INTECH-21: Mahasiswa Cipta Produk Digital Tingkat Hasil PMKS
English translation not available for this content.

YBhg. Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT telah menyempurnakan Majlis Penutup 'Innovation and Technology Challenge 2021 (InTech-21)' di Universiti Malaya (UM) semalam.

Program pertandingan keusahawanan mahasiswa peringkat nasional ini memberikan peluang kepada para peserta untuk menggunakan teknologi digital seperti aplikasi mobil dan ekonomi digital dalam membantu meningkatkan produktiviti Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

Melalui pertandingan ini, hasil kerja para peserta yang berteraskan inovasi dan teknologi tersebut bukan sahaja dijuri untuk hadiah utama, malah mampu dimanfaatkan oleh pengguna apabila dikomersialkan nanti.

Selain itu, pertandingan ini turut diharap dapat meningkatkan keterlihatan IPT kepada komuniti selaras dengan azam YB Menteri Pendidikan Tinggi untuk memantapkan lagi aktiviti keusahawanan sosial dan perkembangan pendigitalan di kalangan mahasiswa.

Penganjuran kali ini menyaksikan aplikasi UniMall (UM) memenangi tempat ke-3 serta wang tunai RM 1,000; diikuti aplikasi RpCare (Kolej Komuniti Pasir Mas) di tempat ke-2 dengan wang tunai RM 3,000; serta aplikasi Senizium (UTHM) yang dinobat sebagai juara InTech 21 yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000.

Hadir sama YBhg. Prof. Dr. Sabri Musa, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UM dan YBrs. Puan Noraidah Abdullah, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan Strategik KPT.

  • Last updated on .
  • Hits: 2860
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 25 April 2024, 18:19:27.