Jom Masuk IPT 2022 Zon 1 Utara, Pulau Pinang

English translation not available for this content.

Jom Masuk IPT 2022 Zon 1 Utara, Pulau Pinang

Program Jom Masuk IPT 2022 telah memulakan kembara tahun ini dengan Pulau Pinang sebagai destinasi pertamanya.

UiTM terpilih menjadi tuan rumah bagi Zon 1 Utara bermula 5 hingga 6 Februari 2022 bertempat di Dewan Besar, UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Jom Masuk IPT 2022 merupakan platform bagi IPTA, IPTS serta agensi berkaitan turun padang mempromosikan dan memberi penerangan berkenaan program pendidikan tinggi yang ditawarkan.

Para pengunjung yang terdiri daripada pelajar lepasan sekolah, ibubapa, kaunselor, dan pendidik turut mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan daripada pelbagai kaunter yang disediakan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi.

Pada masa yang sama, UiTM turut mengadakan sesi serahan surat tawaran pengajian dan sumbangan komputer riba kepada para pelajar B40 yang terpilih.

Selain itu, pelbagai aktiviti lain seperti demonstrasi solekan, pameran penyelidikan dan inovasi dan kuiz interaktif turut diadakan bagi menarik minat para pengunjung yang hadir.

  • Last updated on .
  • Hits: 7202
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 25 April 2024, 11:52:58.