Ketua Delegasi kunjungan hormat ke atas Duta Besar Malaysia di Emiriah Arab Bersatu

English translation not available for this content.

Hari ini YBhg. Dato' Prof. Dr. Husaini Omar, Ketua Delegasi bagi Minggu Pendidikan Ekspo 2020 Dubai telah mengadakan kunjungan hormat ke atas TYT Dato' Mohd Tarid Sufian, Duta Besar Malaysia di Emiriah Arab Bersatu.
Kunjungan ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada pihak kedutaan berhubung penyertaan delegasi Kementerian Pengajian Tinggi ke Minggu Pendidikan, Ekspo 2020 dan pengisian program sepanjang minggu tersebut.
Turut serta dalam lawatan ini ialah YBhg. Datin Noorazah Omar Setiausaha Bahagian Perhubungan Antarabangsa KPT, YBrs. Dr Hj. Mohd Zahari bin Ismail, Pengarah Politeknik Shah Alam dan YBrs. Encik Mohd Radzlan bin Jalaludin, Ketua Pegawai Eksekutif EMGS.

  • Last updated on .
  • Hits: 4346
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 18 April 2024, 14:41:25.