Ketua Setiausaha KPT malam tadi telah menyampaikan Ucapan Dasar sempena Seminar Perancangan Strategik KPT 2022 yang diadakan di Hotel Hatten, Melaka

Ketua Setiausaha KPT malam tadi telah menyampaikan Ucapan Dasar sempena Seminar Perancangan Strategik KPT 2022 yang diadakan di Hotel Hatten, Melaka
English translation not available for this content.

YBhg Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT malam tadi telah menyampaikan Ucapan Dasar sempena Seminar Perancangan Strategik KPT 2022 yang diadakan di Hotel Hatten, Melaka.

Seminar yang berlangsung selamat tiga hari itu dihadiri Setiausaha-setiausaha Bahagian Kementerian, Pengarah-pengarah Bahagian Jabatan, Pegawai-pegawai kanan KPT, JPT, JPPKK dan agensi-agensi.

Antara intipati ucapannya adalah nasihat beliau kepada warga KPT agar melihat jauh ke hadapan melalui Perancangan Senario bagi mendapatkan gambaran landskap pendidikan tinggi masa hadapan, yang menjangkau lima hingga 10 atau 20 tahun ke hadapan.

Ini penting untuk merangka strategi dan respons strategik pada masa akan datang memandangkan dokumen Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) atau PPPM (PT) 2015-2025 akan berakhir dalam masa tiga tahun daripada sekarang.

Beliau juga berharap semua peserta seminar dapat menggunakan sepenuhnya masa yang diperuntukkan sepanjang tempoh seminar tersebut untuk merancang pelaksanaan program-program bagi tahun 2022 ini dengan lebih baik.

  • Last updated on .
  • Hits: 6014
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 29 March 2024, 08:50:00.