KPT Agih Bubur Lambuk Kepada Warganya

KPT Agih Bubur Lambuk Kepada Warganya
English translation not available for this content.

YB Menteri Pengajian Tinggi telah memeriahkan Majlis Agihan Bubur Lambuk yang berlangsung di lobi KPT petang tadi.

Sebanyak 1500 bungkus bubur lambuk telah diagihkan kepada semua warga KPT untuk dijadikan juadah berbuka puasa.

Program yang diadakan bersempena sambutan bulan Ramadan tahun ini telah dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan KPT, Surau 'Ibadurrahman KPT dan PUSPANITA KPT.

Turut hadir YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, KSU KPT, YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, TKSU (Dasar) KPT, YBrs. Dr. Mohd Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, YBrs. Ts. Zainab Ahmad, KP JPPKK, YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohammad Shatar Sabran, CEO MQA, serta YBhg. Prof. Dr. Zaliman Sauli, Naib Canselor UniMAP.

  • Last updated on .
  • Hits: 5547