KPT Bersedia Meluaskan Kerjasama Dengan Republik Guinea Dalam Bidang Pendidikan Tinggi

KPT Bersedia Meluaskan Kerjasama Dengan Republik Guinea Dalam Bidang Pendidikan Tinggi
English translation not available for this content.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah menerima kunjungan hormat daripada Menteri Perancangan dan Kerjasama Antarabangsa, TYT Ismael Nabe dan Duta Besar Republik Guinea ke Malaysia, PYT Koumba Diop berserta ahli delegasi pada petang ini.

Kedua-dua pihak telah berbincang untuk meluaskan kerjasama antara kedua-dua negara dalam bidang pendidikan tinggi. Antara yang dibincangkan adalah langkah-langkah yang boleh diambil bagi menarik minat dan meningkatkan kemasukan pelajar-pelajar daripada Republik Guinea untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di Malaysia.

TYT Ismael Nabe juga menyatakan hasrat beliau untuk membawa lebih ramai pelajar dari Republik Guinea ke Malaysia bagi mempelajari pelbagai bidang dengan harapan pelajar Guinea dapat membawa ilmu-ilmu yang dipelajari untuk perkembangan modal insan (human capital) demi membangunkan negara mereka. Ini berdasarkan pengalaman beliau yang juga merupakan alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersedia untuk membantu Republik Guinea dalam bidang-bidang yang boleh diterokai bersama.

Turut hadir di pihak KPT adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg. Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman. 

  • Last updated on .
  • Hits: 248
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 24 January 2025, 10:49:58.

sirim-logo