KPT Pantau Pelaksanaan Menu Keluarga Siswa Di UTHM

KPT Pantau Pelaksanaan Menu Keluarga Siswa Di UTHM
English translation not available for this content.

Hari ini, delegasi KPT yang diketuai YBhg Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, KSU KPT, YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan) KPT dan YBhg Prof. Dato’ Dr Husaini Omar, KPPT telah melawat kafeteria di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi membuat pemantauan terhadap kualiti dan kadar harga makanan yang ditawarkan oleh pengusaha di situ.
Mereka turut meninjau pelaksanaan hidangan Menu Keluarga Malaysia yang bernilai RM3.50 sambil beramah mesra dengan para pelajar yang sedang menikmati juadah makan tengah hari.
Kerajaan telah memperkenalkan Menu Keluarga Malaysia di premis makanan di seluruh IPT sebagai alternatif bagi golongan sasar mendapatkan hidangan pada harga berpatutan.
Turut hadir YBhg. Prof. Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim, Naib Canselor UTHM serta pengurusan tertinggi UTHM.

  • Last updated on .
  • Hits: 2160
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 24 April 2024, 16:08:46.