KPT Perkukuh Hubungan Sedia Ada Dengan India

KPT Perkukuh Hubungan Sedia Ada Dengan India
English translation not available for this content.

YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi telah menerima kunjungan hormat TYT B. N. Reddy, Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia di pejabatnya petang tadi.

Pertemuan tersebut bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan bilateral serta kerjasama strategik antara kedua-dua pihak yang telah lama terjalin dalam sektor pendidikan tinggi.

Dalam pertemuan itu, Malaysia-India telah membincangkan peluang untuk meningkatkan bilangan para pelajar dan pengajar Malaysia di negara tersebut melalui program mobiliti, selain jemputan untuk IPT Malaysia meneroka peluang kerjasama dengan universiti-universiti terkemuka di sana.

Turut sama YBhg. Dato' Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian, TKSU (Dasar) KPT dan YBhg. Datin Noorazah Omar, SUB, Bahagian Hubungan Antarabangsa KPT.

  • Last updated on .
  • Hits: 2294
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 April 2024, 16:56:01.