KPT Terus Berdaya Masyarakat Menerusi Program Pemindahan Ilmu

KPT Terus Berdaya Masyarakat Menerusi Program Pemindahan Ilmu
English translation not available for this content.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menganjurkan program permukiman melibatkan Pengurusan Tertinggi Kementerian bersama semua 20 Naib Canselor/ Rektor Universiti Awam (UA) dan 36 Pengarah Politeknik seluruh Malaysia.

Program ‘Retreat Bersama Doc Zam’ ini yang berlangsung di Lumut, Perak selama dua (2) hari melabuhkan tirai siang tadi dengan pelbagai pengisian, aktiviti, serta sesi libat urus antara pengurusan tertinggi KPT dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) serta Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).

Antara pengisian yang diadakan ialah memperkukuh kerjasama antara semua IPTA seluruh negara, di samping mempererat ukhuwah dan hubungan antara satu sama lain. Selain itu, ditekankan juga usaha memperkukuh semangat kerja berpasukan untuk melakar kecemerlangan serta meningkatkan kualiti pendidikan tinggi negara.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir yang mencetuskan idea penganjuran melihat program sebegini amat penting sebagai platform penyampaian mesej terutama landasan dan agenda Kementerian secara terus kepada kepimpinan utama dan politeknik untuk dilaksanakan di institusi masing-masing.

Beliau turut berharap segala fokus utama Kementerian tahun ini dapat direalisasikan dengan jayanya terutama dalam penyediaan bakat terbaik negara, pemindahan dan perkongsian ilmu serta urus tadbir pengurusan IPTA serta pembangunan infrastruktur kampus.

Selain itu, program ini juga membuka ruang dan peluang untuk kepimpinan tertinggi IPTA berdialog secara terus menyatakan persoalan, pandangan, cadangan serta perkongsian dalam usaha menambahbaik segala aspek berkait pendidikan tinggi.

Turut bersama dalam program adalah Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Ketua Setiausaha KPT, Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang serta pengurusan tertinggi Kementerian dan jabatan. 

  • Last updated on .
  • Hits: 327
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 17 April 2025, 10:42:26.

sirim-logo