KSU Tinjau Projek Pembangunan Di UTHM

KSU Tinjau Projek Pembangunan Di UTHM
English translation not available for this content.

Sementara di UTHM YBhg. Dato' Seri KSU turut meluangkan masa membuat lawatan kerja bagi meninjau projek-projek naiktaraf dan pembangunan yang sedang disiapkan di situ.
Selepas menerima taklimat berkenaan status terkini kemajuan, beliau telah turut dibawa melawat ke tapak projek naiktaraf iaitu Asrama Tun Syed Nasir, Asrama Tun Fatimah, serta ke Asrama Bestari.
Kesemua projek yang tersebut nanti bakal menyediakan suasana kediaman yang kondusif dan selamat kepada para pelajar UTHM selaras dengan gagasan KPT Sejahtera.
Turut sama YBhg, Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, YBhg Prof. Dato’ Dr Husaini Omar, KPPT, dan YBhg. Prof. Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim, Naib Canselor UTHM.

  • Last updated on .
  • Hits: 2245
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 25 April 2024, 11:52:58.