Kunjungan Hormat dari delegasi Institut Jantung Negara (IJN)

English translation not available for this content.

YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT telah menerima kunjungan hormat dari delegasi Institut Jantung Negara (IJN) yang diketuai oleh YBhg. Datuk Dr. Aizai Azan Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif IJN di pejabatnya tengah hari tadi.

Dalam kunjungan tersebut, KSU telah menerima penerangan daripada YBhg. Datuk Dr. Aizai mengenai Kolej IJN serta fungsi dan peranannya sebagai institusi pengajian tinggi swasta yang menawarkan pengajian dalam bidang psikologi, fisioterapi, farmasi, pengurusan penjagaan kesihatan atau keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Kunjungan tersebut turut juga memperkenalkan barisan pengurusan dari IJN iaitu Dato' Akmal Arief Mohamed Fauzi, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif IJN serta Dato' Hj Basir Elon, Pengarah Eksekutif Kolej IJN kepada wakil daripada Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) iaitu Dr. Wan Baharudin Wan Mahmood, Pengarah, Bahagian Standard Swasta JPT, Encik Mohd Najib Md Kasnan, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Kolej Swasta, Bahagian Standard Swasta JPT, dan Encik Mat Hassan Ibrahim, Pengarah, Bahagian Penguatkuasaan dan Inspektorat JPT.

  • Last updated on .
  • Hits: 7110
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 April 2024, 16:56:01.