Lawatan Kerja ke Universiti Sains Malaysia (USM), Ziarah, Penyerahan Bantuan dan Pelancaran Tabung Prihatin Siswa

English translation not available for this content.

Dalam lawatan kerja ke Universiti Sains Malaysia (USM) semalam, YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi mengambil kesempatan untuk menziarah dua pelajar USM iaitu adik Muhamad Husaini Asyraf Adnan, Pelajar tahun 2 Kejuruteraan Elektrik/Elektronik dan adik Abidah Ghazali, pelajar tahun 1 Kejuruteraan Awam di Teluk Kumbar, Pulau Pinang.

Kedua-dua pelajar ini daripada kumpulan B40 dan amat terkesan daripada pandemik COVID-19. YB Menteri telah menyerahkan bantuan komputer riba kepada anak-anak pelajar tersebut.

Pemberian komputer riba ini merupakan antara inisiatif yang diambil oleh KPT untuk membantu pelajar daripada kategori B40 bersasar. Sehingga kini, hampir 5,000 komputer riba telahpun diedarkan kepada pelajar-pelajar IPT daripada kumpulan tersebut.

KPT juga melalui Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) telah melancarkan satu inisiatif crowdfunding melalui Tabung Prihatin Siswa sebagai satu platform bagi mempelawa pihak luar bersama-sama dengan KPT dalam menyalurkan sumbangan untuk membantu meringankan kesulitan pelajar yang berkeperluan dalam meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) tanpa kekangan.

Pihak-pihak yang ingin menyalurkan sumbangan mereka, bolehlah berbuat demikian melalui akaun Maybank 5660 1062 2566 atau melalui dalam talian dengan klik pautan di www.billplz.com/tabungsiswa.

Turut hadir Datuk Ser Dr Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha KPT, Prof Dato Dr Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan Prof Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan, Naib Canselor USM.

  • Last updated on .
  • Hits: 8898
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 24 April 2024, 16:08:46.