Lawatan Kerja YB Menteri Pengajian Tinggi ke Sabah Digital Academy@Kolej Komuniti Papar

English translation not available for this content.

21 Januari 2022

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah mengadakan lawatan kerja ke Sabah Digital Academy@Kolej Komuniti Papar hari ini bertempat di Sri Alam Perdana Commercial Centre, Papar, Sabah.

Lawatan kerja ini dimulakan dengan sesi taklimat ringkas oleh Ir. Dr. Balamurugan a/l Gopal, Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan JKR Malaysia berkaitan pembangunan Kolej Komuniti Papar yang dijangka siap ubahsuai sepenuhnya pada tahun 2024.

Antara program akan ditawarkan di Kolej Komuniti Papar adalah Sijil Teknologi Maklumat, Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian dan Sijil Perkhidmatan Logistik dengan sasaran kapasiti jumlah pelajar seramai 400 pelajar keseluruhan.

Antara aktiviti dalam program lawatan kerja ini adalah lawatan ke bangunan kampus diiringi oleh Caretaker Kolej Komuniti Papar, Ts. Julkifli Ag Besar.

Turut hadir pada lawatan kerja ini ialah Pembantu Menteri Perindustrian Merangkap Adun N29 Pantai Manis Papar, YB Mohd Tamin bin Zainal, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, YBhg. Dato' Seri Abdul Razak bin Jaafar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pengajian Tinggi, YBrs. Dr. Mohd Zabri Yusoff, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, YBhg. Prof. Dato' Dr Husaini bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Zubaidah binti Aman, Pengarah Bahagian Perancangan Program dan Institusi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Tn. Hj. Muhammad Rumzi bin Mamat, pegawai-pegawai kanan KPT dan agensi persekutuan, serta ketua-ketua jabatan daerah Papar.

  • Last updated on .
  • Hits: 7517
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 27 March 2024, 16:20:33.