Lawatan Kerja YBM Ke Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di Cyberjaya

English translation not available for this content.

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah mengadakan lawatan ke Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di Cyberjaya hari ini. Pada majlis tersebut, YBhg. Prof. Dato’. Dr. Husaini Omar, Ketua Pegawai Eksekutif MQA telah memberikan taklimat ringkas mengenai pencapaian MQA sepanjang tahun 2020. Turut diadakan ialah pelancaran Aplikasi APEL.A yang dibangunkan sendiri oleh warga MQA. Melalui aplikasi ini, orang ramai dapat mengakses dan membuat permohonan APEL menerusi telefon bimbit masing-masing yang boleh diakses pada bila-bila masa, cepat dan mudah. Dalam majlis sama, YB Menteri telah menyerahkan surat pelantikan Ikon APEL kepada YBrs. Dr. Jamsari Aziz, Encik Eizaz Azhar dan YM Raja Zulkarnain Raja Mohd. Yusof. Turut hadir ialah YBhg. Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, YBrs. Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) dan YBhg. Datuk Rosli Yaakub, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan),Kementerian Pengajian Tinggi.

  • Last updated on .
  • Hits: 6145
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 23 April 2024, 10:59:17.