Lawatan Pengoperasian Pusat Pemberian Vaksin (PPV) IPT di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang

English translation not available for this content.

YB Dato’. Mansor Othman, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi telah melawat pengoperasian Pusat Pemberian Vaksin (PPV) IPT di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang hari ini.

PPV IPT USM ini mampu menampung kapasiti maksimum penerima vaksin seramai 1,000 orang sehari. PPV ini turut membuat persediaan untuk mengguna pakai kaedah vaksin secara pandu lalu dan ia tertakluk kepada keperluan terhadap kes-kes tertentu.

Untuk fasa pertama ini, senarai penerima yang akan divaksin di PPV ini adalah masyarakat/ komuniti yang telah dijadualkan menerusi aplikasi MySejahtera.

Selain itu, YB Timbalan Menteri turut di bawa melawat Agro Village dan sesi pembentangan berkenaan tanaman halia.

Turut hadir ialah YBhg. Dato’. Dr. Awang Adek Hussin, Pengerusi Lembaga Gabenor USM, YBhg. Professor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan, Naib Canselor, USM dan YBhg. Professor Dr. Md Roslan Hashim, Timbalan Naib Canselor, (Kelestarian dan Pembangunan Institusi), USM.

  • Last updated on .
  • Hits: 5387
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 24 April 2024, 16:08:46.