Lawatan Rasmi YBTM ke Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) di Putrajaya

English translation not available for this content.

YB Senator Dato’ Dr. Ahmad Masrizal Muhammad, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi telah mengadakan lawatan rasmi ke Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) di Putrajaya hari ini.

Kunjungan YB Timbalan Menteri disambut oleh Puan Ts. Zainab Ahmad, Ketua Pengarah JPPKK serta pihak pengurusan tertinggi jabatan.

Dalam sesi ini, YB Timbalan Menteri telah diberi penerangan dan taklimat ringkas berkenaan JPPKK serta mengenai perkembangan kesiapsiagaan untuk menerima kemasukan pelajar pada Oktober ini.

Turut hadir ialah YBhg. Datuk Dr. Rosli Yaakub, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan),KPT.

  • Last updated on .
  • Hits: 5301