Lawatan YAB MB Perlis ke Reruai KPT dan Acara Memasak Mewarnai Jelajah AKM di Perlis pada hari kedua

Lawatan YAB MB Perlis ke Reruai KPT dan Acara Memasak Mewarnai Jelajah AKM di Perlis pada hari kedua
English translation not available for this content.

Hari kedua program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) peringkat negeri Perlis di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar hari ini dimulakan dengan lawatan YAB Dato’ Seri Azlan bin Man, Menteri Besar Perlis ke reruai KPT.

Beliau diberikan taklimat mengenai perkhidmatan utama yang disediakan oleh KPT, antaranya sesi konsultasi permohonan UPUOnline, semakan status akreditasi, permohonan APEL, pelbagai produk simpanan dan pembiayaan pendidikan PTPTN serta pendaftaran Sukarelawan Siswazah.

Hari ini juga, Jelajah AKM menyaksikan anak-anak muda daripada Politeknik dan Kolej Komuniti menunjukkan bakat mereka dalam bidang-bidang seperti masakan dan servis motorsikal.

Di Kampung Seberang Ramai Kuala Perlis, lebih kurang 13km daripada tempat Jelajah AKM, berlangsungnya acara masakan Acar Ikan Masin dan Gulai Ikan oleh Kolej Komuniti Bandar Darulaman melibatkan 15 peserta PSH komuniti setempat dibawah Program KPT Prihatin Keluarga Malaysia.

Sementara itu, di perkarangan Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra pula, berlangsungnya program Citarasa #Keluarga Malaysia dimana pelajar-pelajar LTA@KK Langkawi membuat edutainment mocktail.

Program Jelajah AKM kedua ini yang diadakan selepas jelajah pertama di negeri Johor pada 3 Mac yang lalu, bermula semalam hingga 27 Mac 2022 dari pukul 9.00 pagi hingga 8.00 malam.

Datanglah beramai-ramai memeriahkan Reruai KPT dan jangan lupa untuk membuat ujian RTK kendiri sebelum hadir. Patuhi SOP!

  • Last updated on .
  • Hits: 5127
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 18 April 2024, 14:41:25.