Majlis Apresiasi dan Penghargaan kepada U-Olimpian Sukan Olimpik Tokyo 2020

English translation not available for this content.

YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi, hari ini meraikan sembilan orang U-Olimpian negara dalam Majlis Apresiasi dan Penghargaan kepada U-Olimpian Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Dalam majlis tersebut, KPT berbesar hati menyerahkan insentif sebanyak RM5,000 seorang sebagai mengiktiraf pencapaian gemilang mereka. Daripada jumlah itu, RM3,000 akan diberikan dalam bentuk tunai dan RM2,000 lagi dalam bentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Sebagai tanda terima kasih dan penghargaan juga, KPT turut menerbitkan biografi bertajuk ‘U-Olimpian: Dari Menara Gading ke Olimpik Tokyo’. Naskhah edisi khas ini menghikayatkan perit dan jerih perjuangan para atlet IPT sehingga berjaya bergelar seorang U-Olimpian.

Selain itu, KPT turut menawarkan Biasiswa YB Menteri Pengajian Tinggi-Atlet Cemerlang IPT kepada empat orang U-Olimpian yang berjaya terpilih iaitu Syaqiera Mashayik, Azreen Nabila Alias, Welson Sim dan Juni Karimah Noor Jamali. Semoga biasiswa ini akan memberikan suntikan semangat kepada semua untuk lebih cemerlang pada masa depan.

Turut hadir YB Senator Dato' Dr. Masrizal Muhammad, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha KPT, Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), KPT, Datuk Rosli Yaakub, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Prof. Dato' Dr Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Ts. Zainab Ahmad, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.
 
  • Last updated on .
  • Hits: 5535