Majlis MoU Program Rintis 'Stand-Alone Micro-Credentials (SAMC)'

Majlis MoU Program Rintis 'Stand-Alone Micro-Credentials (SAMC)'
English translation not available for this content.

YB Menteri Pengajian Tinggi telah menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) untuk Program Rintis 'Stand-Alone Micro Credentials (SAMC)' kendalian MQA di KPT pagi tadi.

MoU yang ditandatangani oleh YBhg. Prof. Datuk Dr Mohamad Shatar Sabran, CEO MQA dengan 8 buah IPT iaitu UiTM, UTM, UPSI, USM, UMP, UTAR, MSU dan JPPKK itu bakal menyokong usaha membudayakan pembelajaran sepanjang hayat di kalangan orang ramai.

Melalui SAMC, para pemohon boleh mengambil kursus-kursus jangka pendek yang ditawarkan oleh IPT yang berbeza-beza selaras dengan kemahuan industri.

Pengiktirafan turut diberikan kepada kursus-kursus tersebut untuk pindahan mata kredit sekaligus membolehkan para pelajar bergraduasi setelah memenuhi syarat yang ditetapkan oleh sesebuah IPT.

Usaha MQA ini turut selaras dengan inisiatif MoHE Micro-Credential Based Learning (M.CREDIBLE) di bawah Pelan Pendigitalan Pendidikan Tinggi KPT yang bakal dilancarkan kelak.

Turut hadir YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, KSU KPT, YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, TKSU (Dasar) KPT, YBrs. Dr. Mohd Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, YBhg. Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, KPPT, YBrs. Ts. Zainab Ahmad, KP JPPKK, serta para naib canselor universiti awam dan swasta yang terbabit.

  • Last updated on .
  • Hits: 7858
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 25 April 2024, 18:19:27.