Majlis Pelancaran Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia

majlis pelancaran jelajah aspirasi keluarga malaysia
English translation not available for this content.

5 MAC 2022 | SABTU

Berakhir sudah kembara KPT di Dataran Angsana Johor Bahru Mall apabila YAB Perdana Menteri telah menyempurnakan pelancaran Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) yang turut dihadiri oleh YB Menteri Pengajian Tinggi petang tadi.

Siri jelajah yang telah bermula sejak 3 Mac lepas, telah mengumpulkan kesemua kementerian di bawah satu bumbung bagi memudahkan rakyat untuk mendapatkan maklumat serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh kerajaan.

Pelbagai perkhidmatan dan pameran telah dianjurkan di reruai KPT seperti sesi konsultasi permohonan UPUOnline, semakan status akreditasi kursus dan permohonan APEL oleh MQA, pelbagai produk simpanan dan pembiayaan pendidikan PTPTN, serta pendaftaran sukarelawan siswazah YSS.

Selain itu, Klinik Bergerak HCTM UKM telah turun padang bagi menawarkan perkhidmatan pemeriksaan optometri secara percuma kepada para pengunjung yang hadir.

KPT turut menganjurkan kuiz-kuiz interaktif, cabutan bertuah serta demonstrasi TVET dari JPPKK bagi menarik minat para pengunjung yang datang dari segenap pelusuk Johor.

YAB Perdana Menteri yang sempat singgah ke reruai KPT turut mencuba teknik CPR kepada model mannequin dengan dipantau oleh para petugas dari HPU KPT.

Terima kasih untuk semua Bangsa Johor dan sehingga kita berjumpa lagi di destinasi JAKM seterusnya.

  • Last updated on .
  • Hits: 8545
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 April 2024, 16:56:01.