Majlis Pelancaran Jenama Baharu HRD Corp dan juga Platform Sehenti Kebangsaan (Single Window Platform)

English translation not available for this content.

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi menghadiri majlis pelancaran jenama baharu HRD Corp dan juga Platform Sehenti Kebangsaan (Single Window Platform) untuk semua kursus latihan pembangunan dan kemahiran oleh YAB Datuk Seri Ismail Sabri, Perdana Menteri Malaysia di Pusat Konvensyen KL di Kuala Lumpur hari ini.

Sempena dengan majlis berkenaan anjuran Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian-kementerian lain turut mengambil bahagian dalam pameran produk, perkhidmatan dan inisiatif sebagai rakan strategik HRD Corp.

Pameran tersebut memberi fokus terhadap sembilan bidang keutamaan HRD Corp termasuk Industri 4.0, Teknologi Hijau, Fintech, Pembinaan Pintar, Perladangan Pintar, Industri Aeroangkasa, Blockchain serta Teknologi Masa Depan.

Ketika melawat booth KPT, YAB Perdana Menteri dijemput mengikuti kelas Professional Diploma Industrial Manufacturing yang dijalankan secara langsung atas talian oleh JPPKK.

HRD Corp telah memperkenalkan beberapa siri inisiatif strategik yang memfokuskan pada pemadanan pekerjaan dan peluang penempatan, serta program menjana pendapatan untuk kumpulan sasaran yang lebih luas bertujuan mengurangkan kadar pengangguran.

Turut hadir ialah YB Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia dan YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).

  • Last updated on .
  • Hits: 4747
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 24 April 2024, 16:08:46.