Majlis Penyerahan Surat Tawaran Program Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) Kementerian Pengajian Tinggi- Career Advancement Programme (KPT-CAP) IPTS di Kolej Uniti Port Dickson

English translation not available for this content.

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi hari ini telah diberi penghormatan untuk menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Tawaran Program Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) Kementerian Pengajian Tinggi- Career Advancement Programme (KPT-CAP) IPTS di Kolej Uniti Port Dickson.

Kira-kira 8,000 graduan akan mendapat manfaat dari program ini. Sehingga hari ini sahaja, sebanyak 83 program telah disusun melibatkan sinergi daripada 16 buah IPTS dengan penglibatan seramai 2,559 orang graduan.

Antara IPTS yang terlibat adalah Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), SEGI University, City University, University of Cyberjaya (UOC), German Malaysian Institute (GMI), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), UNIKL MICET, University College of Yayasan Pahang (UCYP), UNIKL MIAT, Asia Pacific University (APU), RANACO Education and Training Institute (RETI), Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM), Brickfield Asia College, Kolej UNITI dan International Medical University (IMU).

Turut hadir YBhg. Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, KPT, YBrs. Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), KPT dan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi.

  • Last updated on .
  • Hits: 7715