Majlis Perasmian TUBE 8.0 di SME Corp. Malaysia, Kuala Lumpur

English translation not available for this content.

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi bersama-sama YB Tan Sri Noh Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah menyaksikan sesi menandatangani memorandum persefahaman di antara SME Corp. Malaysia bersama lapan (😎 universiti awam tempatan dalam Majlis Perasmian TUBE 8.0 di SME Corp. Malaysia, Kuala Lumpur hari ini.

Antara Universiti yang terlibat dalam MoU ini ialah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), International Islamic University Malaysia (UIA), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Sinergi bersama antara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) ini memberi peluang dan pendedahan kepada graduan serta siswazah bagi mempelajari langkah-langkah yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Projek rintis ini akan melatih 160 graduan Bumiputera seterusnya akan dibimbing dan dipantau selama 12 bulan.

Dana sebanyak RM15,000 juga disediakan kepada setiap peserta untuk mereka memulakan perniagaan melalui program inj di samping 32 warga IPT akan diberikan latihan berbentuk 'Training of Trainers (TOT)' untuk menjadi BissCounselor.

Turut hadir ialah YB Tuan Muslimin Yahaya, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Korperasi, YBhg. Dato’ Seri Dr. Mazlan Yusof, Ketua Setiausaha, KPT, YBhg. Dato’ Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha, MEDAC, YBrs. Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), KPT dan YBhg. Dato’ Sri Syed Hussien Al-Habshee, Pengerusi SME Corp. Malaysia.

  • Last updated on .
  • Hits: 7028