Menjunjung setinggi-tinggi kasih terhadap Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor kerana menerima mengadap barisan pengurusan Kementerian Pengajian Tinggi hari ini

Menjunjung setinggi-tinggi kasih terhadap Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor kerana menerima mengadap barisan pengurusan Kementerian Pengajian Tinggi hari ini
English translation not available for this content.

Menjunjung setinggi-tinggi kasih terhadap Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor kerana menerima mengadap barisan pengurusan Kementerian Pengajian Tinggi hari ini.

Alhamdulillah beberapa agenda dibincangkan tadi yang menjurus kepada pembangunan sektor pendidikan tinggi di negara ini khususnya di Johor.

Kami juga amat terharu dan berbangga kerana Duli Yang Amat Mulia Tunku amat prihatin mengenai perkara di bawah pendidikan tinggi terutamanya perkara melibatkan kebajikan pelajar secara keseluruhannya.

Jelaslah, ini menunjukkan bahawa Duli Yang Amat Mulia Tunku sentiasa mengambil tahu mengenai perkara-perkara melibatkan rakyat.

Semoga Allah SWT akan terus merahmati Duli Yang Amat Mulia Tunku dan sentiasa berada di bawah lindungan-Nya.

Amin.

Menjunjung kasih Tunku.

  • Last updated on .
  • Hits: 3463
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 27 March 2024, 16:20:33.