Menteri, Timbalan Menteri Luang Masa Diskusi Bersama Para Pensyarah Muda UA Di Program KARISMA: Pemikir MADANI Siri 3
Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir dan Timbalan Menteri, YB Datuk Ts.
Mustapha Sakmud siang tadi telah meluangkan masa berdiskusi bersama para pensyarah muda Universiti Awam (UA) berkenaan usaha memupuk dan memperkukuh kepimpinan muda dalam sektor pendidikan tinggi.
Melalui program Pemukiman Siswa dan Latihan Kepimpinan Muda Kebangsaan (KARISMA): Pemikir MADANI kendalian Akademik Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) ini, seramai 80 orang pensyarah muda UA telah menerima manfaat daripada ceramah kepimpinan serta dialog interaktif bersama ahli panel yang berkaliber.
Pada masa yang sama, mereka dapat membincangkan isu-isu berkaitan aspirasi pendidikan tinggi dalam era MADANI, yang menekankan prinsip kemajuan, demokrasi dan integriti.
Malah, program tersebut telah turut menjadi platform terbaik menghantar cadangan, harapan dan isu yang melingkari para pensyarah muda di Universiti Awam (UA).
Antara yang turut dibincangkan ialah berkenaan pendekatan kesederhanaan dalam Islam; ancaman ekstremisme; serta kesihatan mental para pelajar dan pengajar di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).
Terdahulu, Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir berkesempatan menyampaikan amanatnya kepada para peserta secara telesidang dari Hab Pendidikan Tinggi Pagoh.
Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian; Pengarah AKEPT; Prof. Dr Harshita Aini Haroon; serta Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dato' Prof. Dr. Haji Mohd Zahari Ismail.
- Last updated on .
- Hits: 773