Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian (MTPK), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Bilangan 2 Tahun 2020

English translation not available for this content.

29 September 2020, YB Dato' Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian (MTPK), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Bilangan 2 Tahun 2020 di Dewan Putra A, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan hala tuju serta penyelesaian mengenai isu-isu berbangkit berkenaan pembangunan di universiti-universiti awam, politeknik dan kolej komuniti. Turut hadir pada mesyuarat ini ialah YB Dato' Mansor Haji Othman, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha KPT, En Rosli Yaakub, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, pegawai-pegawai kanan KPT, Naib Canselor universiti-universiti awam dan pegawai dari agensi kerajaan seperti dari Kementerian Kewangan Malaysia, Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan dan Saliran.

WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.04
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.04
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.04
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.04
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.04
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.04
  • Last updated on .
  • Hits: 6505
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 April 2024, 16:56:01.