Misi Bantuan Banjir ke Simpang Pertang, Jelebu

English translation not available for this content.

26 Disember 2021

Di sebelah petang pula, YB Menteri meneruskan lawatannya ke Simpang Pertang, Jelebu untuk menyerahkan keperluan makanan untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

Bantuan berkenaan disumbangkan oleh Universiti Sains Islam Malaysia yang disampaikan oleh Penolong Naib Canselor Perancangan Strategik dan Pengantarabangsaan, Prof. Dr. Mohd Yahya Mohamed Ariffin.

Selain itu, EMGS turut menyampaikan bantuan makanan asas sumbangan mereka kepada Keluarga Jelebu yang terjejas.

Turut hadir Ahli Parlimen Jelebu merangkap Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, YB Datuk Seri Jalaluddin Alias.

  • Last updated on .
  • Hits: 4696
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 April 2024, 16:56:01.