Misi Bantuan Banjir Kementerian Pengajian Tinggi ke Kampung Tanjung Kerayong dan Kampung Batu Kapur

English translation not available for this content.

1 Januari 2022

Biarpun cuaca hujan sepanjang hari tahun baharu 2022 ini, semangat para sukarelawan Misi Bantuan Banjir Kementerian Pengajian Tinggi yang telah 3 hari berkampung di daerah Temerloh, Pahang yang merupakan kawasan angkat KPT masih lagi membara.

Hari ini, YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara, telah turun padang untuk meninjau dua lokasi yang terjejas teruk iaitu Kampung Tanjung Kerayong dan Kampung Batu Kapur.

Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT telah mengiringi KSN untuk menyerahkan sumbangan pek keperluan asas kepada semua mangsa di kawasan tersebut.

Seramai 320 orang sukarelawan dari JPT, UMK, UniSZA, UTM, UMP dan Kolej Komuniti Temerloh masih bertungkus lumus meneruskan operasi pembersihan dan pencucian di 20 buah rumah dan sebuah surau di situ.

Turut menyertai KSN di Temerloh ialah YBhg. Dato' Jamil Rakon, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM, YBhg. Datuk Haji Ruji Haji Ubi, Ketua Pengarah ICU JPM dan YBhg. Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi JPT.

  • Last updated on .
  • Hits: 7223