Misi Bantuan Pasca Banjir Daerah Angkat KPT di Temerloh

English translation not available for this content.

3 Januari 2022

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi hari ini menyertai para sukarelawan IPT dalam Misi Bantuan Pasca Banjir Daerah Angkat KPT di Temerloh.

Misi ini melibatkan kira-kira 1,200 siswa dari seluruh negara seperti UMP, UniMAP, UKM, UPM, UTM, UTeM, UMT, UPNM, UUM, USIM, USM, UiTM, dan UPSI. Ianya turut disertai oleh agensi KPT iaitu YSS dan PTPTN serta beberapa kolej komuniti di negeri Pahang.

Kawasan-kawasan yang dilawati dan diberi bantuan adalah seperti Kampung Tanjung Kerayong, Kampung Batu Kapor, Taman Ixora, Taman Zabidin dan kawasan sekitarnya.

Bantuan yang diberikan memfokuskan kepada pembersihan dan pemulihan dewan orang ramai, sekolah dan kediaman penduduk. Pengagihan sumbangan berbentuk keperluan asas makanan, kelengkapan dan alat mandi, kelengkapan solat untuk muslim, kemudahan pembersihan serta sumbangan wang tunai ‘one-off’ turut disampaikan kepada keluarga yang terjejas.

Turut hadir Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT dan Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi.

  • Last updated on .
  • Hits: 4674
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 18 April 2024, 14:41:25.