Misi Kemanusiaan Pasca Banjir Kementerian Pengajian Tinggi telah diteruskan di daerah Kuala Langat, Selangor

English translation not available for this content.

Misi Kemanusiaan Pasca Banjir Kementerian Pengajian Tinggi telah diteruskan di daerah Kuala Langat, Selangor pagi tadi dengan melibatkan penyertaan lebih 200 orang sukarelawan dari KPT.

YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT telah turun padang untuk meninjau lokasi dan kerja-kerja pembersihan yang

sedang dilakukan oleh para sukarelawan yang bertugas.

Sebanyak dua lokasi yang menjadi tumpuan misi pagi ini iaitu di Kampung Bukit Changgang yang disertai oleh pasukan sukarelawan melibatkan kakitangan dan pelajar daripada Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).

Manakala pasukan sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan dari kementerian serta pelbagai agensi di bawah KPT pula, telah memfokuskan bantuan di sekitar Taman Langat Utama 2 dan Taman Langat Utama 3.

Daerah Kuala Langat yang merupakan antara kawasan terjejas teruk akibat bencana banjir tempohari telah diisytiharkan sebagai kawasan angkat KPT selain daripada daerah Temerloh, Pahang bagi misi kemanusiaan melibatkan kementerian.

Langkah ini diambil untuk memberi peluang kepada kakitangan awam, terutamanya KPT dan juga agensi-agensi dibawahnya untuk dapat menyumbang tenaga meringankan kesengsaraan mangsa-mangsa bencana banjir yang melanda negara dua minggu lalu.

  • Last updated on .
  • Hits: 5506
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 April 2024, 16:56:01.